Selasa, 11 Disember 2012

WEEKend WIFE

Dah lama agaknya saya tidak buka blOg. Idea tu ada tapi mengenangkan sibuk dan banyak kerja, jauh sekali nak menaip di blOg ini. Tambah pula dah menjadi weekend wife ni kan, hujung minggu je dah kena menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri.

 Walaupun dalam kesibukan berkerja, Alhamdulillah saya masih sempat dan boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan membahagiakan Suami. Tapi yang tidak seronok dan meletihkan badan apabila kami berulang-alik ke Seremban/ Melaka/ KL untuk berjumpa pada hujung minggu. Kadang-kadang hari Sabtu lepas solat subuh bersama, saya tidur balik sebab penat.

Alhamdulillah sudah 8 bulan kami menjadi pasangan suami isteri banyak yang kami kongsi bersama. Encik Suami pun banyak bertolak ansur, saling membantu, memahami, penyayang dan always ask me to think positive. Rasa bahagia dan bersyukur sangat. Paling bahagia bila dapat solat berjemaah bersama Encik Suami. Sebab setiap kali lepas solat dapat ciuman dari Encik Suami (di dahi dan pipi). Saya pulak dapat hug and kiss tangan dan pipi Encik Suami. Kalau time tidur pula, Encik Suami akan hug dan tepuk saya sampai saya tidur. Bahagia rasa dan tenang je tidur.

Pada hujung minggulah masa kami berdua untuk dating dan menjalankan aktiviti bersama. Kadang-kala kami pergi tengok wayang, makan fast food and shooping. Seronok sangat-sangat macam bercouple rasanya.

Dalam kehidupan ini, Allah s.w.t sentiasa menguji umatnya. Kami suami isteri juga tidak terlepas dari ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. Alhamdulillah kerana Allah s.w.t temukan saya dengan insan yang sangat memahami dan bertolak ansur. Yang paling penting selalu berfikiran positif.

Setiap permasalah yang timbul kami bincang bersama dan andai saya merajuk Encik Suami akan memujuk. Tapi saya pun ada jugak mengalah untuk memujuk Encik Suami. Tidak bolehlah kita je asyik nak dipujukkan. Sekali-sekala kita pun kena mengalah juga.

Dalam kehidupan berumahtangga banyak ujian /dugaan dan besar tanggungjawabnya. Tidak lupa tanggungjawab kepada Allah s.w.t dan Ibubapa. Andai kita Suami Isteri bersatu dalam menjalani tanggungjawab dalam kehidupan ini bersama-sama, insyallah hidup kita lebih berkat dan bahagia. So kepada Weekend wife @ husband tu janganlah kita cepat mengalah dalam mengharungi dugaan/ ujian Allah s.w.t, andai kita tabah, sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan/ ujian dalam kehidupan berumahtangga, insyallah KEBAHAGIAN yang menanti dan mendatangi kita. 

<3 LUv my HUSband InsyALLAH 4ever & Ever <3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan