Selasa, 11 Disember 2012

Tambat Hati SUAMI Dengan Air Tangan ISTERI

Semua kaum isteri ingin disayangi lebih oleh Suami kan. Petua nak menjaga Suami mudah saja jika kena dengan caranya. Orang tua-tua pun selalu berpesan, "INGIN MENAMBAT /MEJAGA HATI SUAMI JAGALAH MAKAN & PAKAIANNYA" yang bermaksud jaga perut suami dan dirinya. ~ini fahaman saya, jika salah pohon betulkan.

Suami yang bahagia Suami yang suka makan masakan Isterinya. Bagaimana kita hendak melaksanakannya. Mudah saja... Antara tipsnya ialah:

     1)  Mengetahui makanan kegemaran suami kita,
          Bagaimana?
     2)  Belajarlah masak dengan Ibu mertua kita (anak memamg suka masakan ibunya),
          Apa yang perlu kita buat?
     3)  Masak makanan kegemaran suami,
          Cara-caranya?
     4)  Bertanya/ bincang bersama Suami menu yang ingin dimasak,
           Hendak sedap lagi dan disayangi?
     5)  Terima dan dengar komen ikhlas dari suami kita. Buat penambahbaikan.

Kita hanya mampu berusaha yang terbaik untuk membahagiakan suami kita. Sabar dan ikhlas kita melaksanakannya, insyallah sedap lah masakan dari air tangan kita sebagai seorang isteri yang taat menjalankan tanggungjawab kepada suami.

Isteri akan tersenyum lebar apabila melihat suami mengatakan sedap dengan makan bertambah-tambah. Bukan itu saja, suami akan request suruh masak lagi.. itu tandanya kita sudah berjaya menambat hati suami kita. bertambah lah sayang suami kepada kita. Tidak perlu pakai nasi kangkang dan sebagainya. Bersih cara kita insyallah sayang suami kepada kita pun ikhlas dan kekal selamanya.

<3 Keluarga Bahagia Mencerminkan Suami, Isteri & Anak-anak Yang Baik, Soleh & Solehah <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan