Selasa, 15 November 2011

pesanan RASULULLAH s.a.w SEBELUM TIDUR

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :

Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat (4) perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
1. Jika engkau tidur bacalah :
AL IKHLAS seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an,
Bismillaahir rohmaanir rohiim,
Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid' walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2. Membaca SELAWAT untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat.
Bismillaahir rohmaanir rohiim,
Allahumma shollii 'alaa Muhammad wa'alaa alii Muhammad (3x)

3. BERISTIGHFARlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu
Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

4. PERBANYAKLAH BERTASBIH, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha Illallahu Allahu akbar (3x)

Hendak SERIBU DAYA ~dalam apa jua keadaan tetap sujud pada yang maha ESA









Jumaat, 28 Oktober 2011

lOve is CINTA

         

When i MET u
my HEART skipped a beat
the SUN became the MOoN
& COLD turned intO heat
ROSES weren't red
VIOLETS weren't blue
all because i fell in live with yOu 




dO what makes yOu HAPPY,
be with whO make yOu SMILE,
LAUGH as much as yOu breathe,
LOVE as lOng as yOu LIVE.




LOVE dOesn't make the wOrld gO rOund.
LOVE is what makes the ride wOrthwhile.




if yOu have it,
yOu dOn't need anything else.
&
if yOu dOn't have it,
it dOsen't matter much
what else yOu have.




if yOu LOVE sOmething let it gO,
if it cOmes back tO yOu it's yOur,
if it dOesn't, it never was.



TRUE LOVE NEVER DIES
IT ONLY GETS STRONGER WITH TIME.


Isnin, 17 Oktober 2011

seDALAM mana CINTAKU PADAMU

Pahamilah lirik & hayati lh videO ni....




Diatas Satu Cinta

Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku



***Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan dipenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah s.w.t dah tentukan untuk kita..

***Belajarlah mencintai Orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu. Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin besOk takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin besOk kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi. Jadi, jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu..

**i.allah .. Cintaku padamu tidak akan hilang sedetik pun.. Rasa sayang & cintaku padamu tidak akan terhapus ataupun pudar walau sesaat.. Kerana agama & tuhanmu aku masih teguh berdiri disisimu.. 

~4u my chenta hatiku~

CINTA KERANA ALLAH s.w.t

Cinta yang dialirkan oleh Allah s.w.t ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah s.w.t. Ia bersebab kerana cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah s.w.t. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah s.w.t. 

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah s.w.t. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.  

Cinta yang datang dari Allah s.w.t menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah s.w.t yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah s.w.t, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya. 

Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah s.w.t kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah s.w.t.

Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah s.w.t pada kita. Sehingga Allah s.w.t izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah s.w.t boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah s.w.t mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah s.w.t pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah s.w.t, nescaya kamu tak terhitung.” 

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah s.w.t. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah s.w.t. Cintanya tertumpu pada Allah s.w.t, dan penyerahan diri pada Allah s.w.t sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah s.w.t yang berkata,
Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah s.w.t. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah s.w.t sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan:  
“jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah s.w.t nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah s.w.t pasti berbalas. Dan Allah s.w.t tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah s.w.t, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah s.w.t yang patut kita letakkan.

Jumaat, 7 Oktober 2011

LAwak!! laWAK!!

PENGEMIS GILA
Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.

Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?

Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!

Bapak : Tak kan bleh mendengar?

Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!

Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!

Pengemis : Itu ada tiga ratus !

Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?

Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!


ATOK & CUCU
atok : cu ko paham bahasa org putih tak?

cucu : boleh la tok..nape?

atok : ce tengok borang ni..ce tengok! tolong isikan skali blh?

cucu : ok dude...ur name plzzz!

atok : LEBAI PADU B HJ MENGENDAP.

cucu : age plzz!

atok : 62thn

cucu : sex tok?

atok : amboi2...x kan semua nk tau..

cucu : yes..ni wajip tok

atok : hmm, ko bubuh jela 2-3 minggu skali, kadang-2 tu penuh seminggu..tgk mood

cucu : >.<''


LOYAR BURUK
penunggang motor ditahan polis sbb keslahan x de lampu

Mamat: Apa ni? Nak...pasang lampu nak buat apa?

Polis: La.. x kan x tau kot. Untuk keselamatan ko la.

Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?

Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?

Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?*HK


XSAYANG kE?
anak : mak, apa dalam perut mak tu?

mak : adik hang laa

anak : mak benci adik ke?

mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak.

anak : dah tu , kenapa mak telan dia?...

mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh.


CINTA SAYA & AWAK
lelaki : awak nak tahu something tak ?

perempuan : ape dia awak ?

lelaki : cuba awak tutup mata awak .

perempuan : okay .

lelaki : gelap kan ?

perempuan : yup , gelap . nape wak ?

lelaki : camtu la hidup saya tanpa awak ♥


KO RASE TGK
Pelanggan: Hei budak, meh sini kejap.

Pelayan: Ya saya. Ada apa encik?

Pelanggan: Saya ada masalah dengan sup saya ni.

Pelayan: Kenapa encik?

Pelanggan: Cuba kamu rasa sup ni.

Pelayan: Kenapa? Sup ni terlalu masin ke encik?

Pelanggan: Tak. Cuba kamu rasa dulu.

Pelayan: Ke sup ni terlalu panas?

Pelanggan: Tak. Cuba kamu rasa dulu.

Pelayan: Ok, baiklah. Erm, mana sudunya?

Pelanggan: Haaa. Itu la masalah dia....


SEBELUM KAHWIN
L : ye , Abg da lame tggu saat nih

P : Abg nk tggalkn cyg tak ?

L : msti lah tak ! tlg jgn fkir mcm 2 .x mgkin trjadi..

P : Abg cintekn cyg kn ?

L : ye , tiap2 ari

P : Abg pnah tipu cyg tak ?

L : tak . npe slalu fkir mcm 2 ?

P : Abg akn slalu kua ngn cyg tak ?

L : stiap kli ade pluang abg takn lpas kn

P : abg akn pkol cyg ?

L : giler ke ? abg bkn llaki mcm 2

P : bole ke cyg pcyekn abg?

L : ye !

P : abg !

SELEPAS KAHWIN
baca dri bwh hingga ats plak


ROKOK
Sepasang kekasih di kedai makan.

GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?

BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...

GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?

BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???

BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?

GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10..
and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.

BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!

GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!

BF : u isap rokok x yang?

GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?

BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?

GF : !@#$%^&*


MANUSIA, AYAM & LEMBU
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!!

Ayam : Phuiii!!
 
 
ANAK VS BAPAK
Pak Ali : Kau betul2 anak yg derhaka!

Abu : Bile sy derhaka pd bapak??

Pak Ali : Bapak haus nk minum susu, knp kau x berikan??

Abu : Mcm mane sy nk beri, bapak mintak susu bini sy!

Pak Ali : Salahkah bapak mintak?

Abu : Mmg salah pun!!!!

Pak Ali : Kau jgn berkira sgt dgn bapak! Dulu kau masih kecil kau hisap susu bini bapak ada bapak kesah???


NENEK & CUCU
Cucu: nenek!! Nenek...!! Datuk meninggal!!

Nenek: bile cu??

Cucu: baru je, jatuh dr pokok sukun, cpt nek ke rumah, keluarga sudah berkumpul semua, mari cpt nek!!

Nenek: nanti cu, nenak pinjam HP kamu dulu cu..

Cucu: nk tipon siapa nek?

Nenak: bukan! Nenek nk buka Facebook dulu..

Cucu: nape nenek nk bukaFacebook lg waktu begini??

Nenek: hmm nenek nk ubah status dr BERKAHWIN menjd JANDA.

Cucu: @#@%#^$



TERUNA & DARA
Teruna: Akhirnya inilah saat yg aku tunggu sekian lama

Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak!! Jgn sesekali kau berfikiran spt itu

Dara: Apakah kau mencintaiku??

Teruna: Tentu!! Selamanya akan tetap begitu

Dara: Apakah kau pernah berlaku curang??

Teruna: Tidak!! Aku xkn sesekali melakukan hal seburuk itu..

Dara: Mahukah kaumenciumku??

Teruna: Ya..

Dara: Sygku.. sesudah 5tahun nikah....

***Sekarang cuba baca dr bawah ke atas.. (^_^)


SALAH PAHAM @ XPAHAM2!!
“P” hendaklah digantung pd motosikal bg yg baru lulus lesen.

Polis : “P” mana pak cik?

Pak cik : Pi Aloq Staq

Polis : Pak cik nk bergurau plak yea, “P” mana?

Pak cik : Aku nk pi Aloq Staq.

Polis : Amboi, main2 plak Pak cik ni, ni sy tny ni Pak cik, mana “P”?

Pak cik : Aku dh habaq tak sat Aloq Staq, hang tak degaq ka? Jgnlh nk pelekeh Org tua cam aku ni.

Polis : Nak pi.. Pi lah..

Pak cik : Haah, tu kan senang, yg dok Tanya banyak2 tu pasai apa?!


SYURGA @ NERAKA
Cikgu : Murid2 sapa yg nk masuk syurga?

Murid : Saya cikgu!! (satu kelas ckp kecuali Ali)

Cikgu : Sapa nk masuk neraka?

Murid : Taknk cikgu (satu kelas ckp kecuali Ali juga)

Cikgu : Ali, knp kamu tak jwb?... kamu nk masuk syurga ke neraka?

Ali : Dua2 xnk cikgu.

Cikgu : Kenapa lak mcm 2 Ali?

Ali : Sebab ayah saya suruh  masuk TENTERA..


SAKIT JIWA
Pesakit rumah sakit jiwa beli makanan.

Pesakit : Mak cik, nasi ayam 1 bungkus Ok..

Mak cik : Ok..

Pesakit : Tapi Nasi dan Ayam bungkus asing2 taw..

Mak cik : Kenapa cik?

Pesakit : Takut ayam makan nasi tu..


RM5 vs RM50
Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga di tepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampong tersebut sambil memandang ke atas.

“Astaghfirrullah Al Azim” tOk penghulu tersebut tetiba bersuara & menyuruh budak kecil tersebut turun.Setelah budak kecil itu turun, tOk penghulu memarahi beliau.

tOk penghulu: Hey budak, lain kali kalau nak memanjatpokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul.
tOk penghulu tersebutmemberikan wang RM5 & menyuruh budak itu membeli seluar dalam.

Setelah pulang ke rumah, budak tersebut menceritakan segala2nya kpd emaknya. Esok pagi2 lagi, emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam.

Dalam hatinya berkata “Kalau anak aku boleh dapat RM5, aku yg dh besar ni, koman2 boleh dapat RM50 apalagi kn..”

Seperti semalam, tOk penghulu sekali lg melintas kwsn tersebut sambil memandang ke atas.

“Astaghfirrullah Al Azim” sekali lg tOk penghulu terkejut & memanggil emak budak tersebut turun.

Dengan hati yg gembira krn perangkapnya utk mendapat RM50 akhirnya hamper menjadi kenyataan.

tOk penghulu: Kamu dengan anak kamu sama sj, dh tahu nk panjat pokok, pakailah seluar dalam.. tak senonoh betul.

Selepas selesai membebel tOk penghulu menyeluk poketnya & mengambil wang lalu berkata :
“Nah ambik ni singgit, pergi beli pisau cukur”


LOVE
Girl -- Why do you love me ? ♥ ♥

Boy -- Because ABCDEFGHIJK :)

Girl -- What is ABCDEFGHIJK ?

Boy -- A is because your adorable , B is beautiful , C is cute , D is because your my darling , E is exciting , F is you are fascinating and G is because your
gorgeous . ♥

Girl -- Aww , that's so sweet of you . But what about HIJK ?

Boy -- Haha , i'm just kidding.._


WANITA
Seorang lelaki kristian bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Lelaki kristian:knp wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim: tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye,Lalu
... salah stu dari nye dibukakn bungkusanye..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanye kpd lelaki kristian:Antara kedua2 nye mane satu yg kamu akn plh?

Lelaki kristian:sudah tentulah yg msh dlm bugkusan

Lelaki muslim:Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita..


SEDIH SEORANG ISTERI
Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..

Suami : Buku apa?

Isteri : Buku bank abanglah..


SALAH PAHAM
Caller : Hello. May I speak to Annie Wan (anyone) ?

Operator : Yes, you may speak to me.

Caller : No, I want to speak to Annie Wan (anyone).

Operator : You are talking to someone. Who is this?

Caller : I’m Sam Wan (someone). I need to talk to Annie Wan (anyone). It’s urgent!

Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone. But what’s this urgent matter about??

Caller : I need to tell Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one) has involved in an accident. Noel Wan (no one) got injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator : Look! If no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn’t an urgent matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator : I’m Saw Lie (sorry) :)


OPERATOR OH OPERATOR
Ao: Nombor yang anda dail tidak ada didalam perkhidmatan, sila cuba sebentar lagi..

Bb: Eh yeke.. xpela.. awk sape? leh kenalan...

Ao: tut....tut....tut......

Bb: La.. letak pulak.....


CITA-CITA
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarn ya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya... cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya. ..".


ADE BERANI?
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh ...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

~***cerita/nukilan/hasil catatan & segala di atas adalah gurauan semata2 bg menghiburkan hati shj. Ianya tiada kaitan dgn yg masih hidup @ yg tlh meninggal dunia. Juga bkn utk menyakiti/ menyinggung perasaan mana2 pihak.. Sekian, Terima kasih.