Jumaat, 28 Disember 2012

Khas untuk KAUM IBU dan ISTERI



Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

 Khabarkan dan berkongsilah dengan kaum ibu dan isteri-isteri semoga sama-sama mendapat manfaatnya. Insyallah.

Selasa, 11 Disember 2012

Tambat Hati SUAMI Dengan Air Tangan ISTERI

Semua kaum isteri ingin disayangi lebih oleh Suami kan. Petua nak menjaga Suami mudah saja jika kena dengan caranya. Orang tua-tua pun selalu berpesan, "INGIN MENAMBAT /MEJAGA HATI SUAMI JAGALAH MAKAN & PAKAIANNYA" yang bermaksud jaga perut suami dan dirinya. ~ini fahaman saya, jika salah pohon betulkan.

Suami yang bahagia Suami yang suka makan masakan Isterinya. Bagaimana kita hendak melaksanakannya. Mudah saja... Antara tipsnya ialah:

     1)  Mengetahui makanan kegemaran suami kita,
          Bagaimana?
     2)  Belajarlah masak dengan Ibu mertua kita (anak memamg suka masakan ibunya),
          Apa yang perlu kita buat?
     3)  Masak makanan kegemaran suami,
          Cara-caranya?
     4)  Bertanya/ bincang bersama Suami menu yang ingin dimasak,
           Hendak sedap lagi dan disayangi?
     5)  Terima dan dengar komen ikhlas dari suami kita. Buat penambahbaikan.

Kita hanya mampu berusaha yang terbaik untuk membahagiakan suami kita. Sabar dan ikhlas kita melaksanakannya, insyallah sedap lah masakan dari air tangan kita sebagai seorang isteri yang taat menjalankan tanggungjawab kepada suami.

Isteri akan tersenyum lebar apabila melihat suami mengatakan sedap dengan makan bertambah-tambah. Bukan itu saja, suami akan request suruh masak lagi.. itu tandanya kita sudah berjaya menambat hati suami kita. bertambah lah sayang suami kepada kita. Tidak perlu pakai nasi kangkang dan sebagainya. Bersih cara kita insyallah sayang suami kepada kita pun ikhlas dan kekal selamanya.

<3 Keluarga Bahagia Mencerminkan Suami, Isteri & Anak-anak Yang Baik, Soleh & Solehah <3

WEEKend WIFE

Dah lama agaknya saya tidak buka blOg. Idea tu ada tapi mengenangkan sibuk dan banyak kerja, jauh sekali nak menaip di blOg ini. Tambah pula dah menjadi weekend wife ni kan, hujung minggu je dah kena menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri.

 Walaupun dalam kesibukan berkerja, Alhamdulillah saya masih sempat dan boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan membahagiakan Suami. Tapi yang tidak seronok dan meletihkan badan apabila kami berulang-alik ke Seremban/ Melaka/ KL untuk berjumpa pada hujung minggu. Kadang-kadang hari Sabtu lepas solat subuh bersama, saya tidur balik sebab penat.

Alhamdulillah sudah 8 bulan kami menjadi pasangan suami isteri banyak yang kami kongsi bersama. Encik Suami pun banyak bertolak ansur, saling membantu, memahami, penyayang dan always ask me to think positive. Rasa bahagia dan bersyukur sangat. Paling bahagia bila dapat solat berjemaah bersama Encik Suami. Sebab setiap kali lepas solat dapat ciuman dari Encik Suami (di dahi dan pipi). Saya pulak dapat hug and kiss tangan dan pipi Encik Suami. Kalau time tidur pula, Encik Suami akan hug dan tepuk saya sampai saya tidur. Bahagia rasa dan tenang je tidur.

Pada hujung minggulah masa kami berdua untuk dating dan menjalankan aktiviti bersama. Kadang-kala kami pergi tengok wayang, makan fast food and shooping. Seronok sangat-sangat macam bercouple rasanya.

Dalam kehidupan ini, Allah s.w.t sentiasa menguji umatnya. Kami suami isteri juga tidak terlepas dari ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. Alhamdulillah kerana Allah s.w.t temukan saya dengan insan yang sangat memahami dan bertolak ansur. Yang paling penting selalu berfikiran positif.

Setiap permasalah yang timbul kami bincang bersama dan andai saya merajuk Encik Suami akan memujuk. Tapi saya pun ada jugak mengalah untuk memujuk Encik Suami. Tidak bolehlah kita je asyik nak dipujukkan. Sekali-sekala kita pun kena mengalah juga.

Dalam kehidupan berumahtangga banyak ujian /dugaan dan besar tanggungjawabnya. Tidak lupa tanggungjawab kepada Allah s.w.t dan Ibubapa. Andai kita Suami Isteri bersatu dalam menjalani tanggungjawab dalam kehidupan ini bersama-sama, insyallah hidup kita lebih berkat dan bahagia. So kepada Weekend wife @ husband tu janganlah kita cepat mengalah dalam mengharungi dugaan/ ujian Allah s.w.t, andai kita tabah, sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan/ ujian dalam kehidupan berumahtangga, insyallah KEBAHAGIAN yang menanti dan mendatangi kita. 

<3 LUv my HUSband InsyALLAH 4ever & Ever <3


Jumaat, 14 September 2012

MENDAPAT KEREDHAAN SUAMI oleh Cikgu Aliya Yeoh


“U ni belajar la syukur, asyik tak puas hati je”
“I sebenarnya bersyukur, bukan tak syukur kerana kahwin dengan dia. Cuma… ”
“Pompuan la paling ramai tak masuk syurga”
“Ya, I tau.”
“Kalau suami tak redha pun dah jadi dosa, nak mengucap pun tak boleh masa nak mati tu, tak takut ke? kalau I, tu yang paling I takut jadi isteri. ”
“Memang I takut tapi I tak rasa apa yang I buat tu tak salah.I cuma pertahankan hak I, tu aje.”
“Habis,U nak teruskan juga?”
“Ya, demi masa depan I. Lagipun kalau isteri dah lakukan segalanya ikut hukum syarak, dan suami masih tak redha dengannya itu tak jadi hal. ”
“Siapa kata? Apa-apa hal pun isteri tak boleh buat gitu. Walaupun suami buat salah itu hal dia dgn Allah tapi isteri tetap kena jaga hati suami.”
“Maksud U?”
“Isteri kena patuh dan jaga hati suami supaya suami sentiasa redha dengannya. Jgn ambil mudah hal ni.”
“Tapi I tak nampak apa salah I. Cam yang I kata, I cuma pertahankan hak I sebagai isteri kerana selama ini I rasa dia kurang prihatin tentang hak I.”
“U ni tak faham atau buat-buat tak faham? Kalau dia tak berikan hak U seperti yang U rasa tu…tu antara dia dgn Allah swt. Tak ada kaitan dengan isteri. Isteri tetap kena taat pada suami.”
“Jadi apa isteri boleh buat? Takkan nak diamkan diri saja dan terus dianiaya? ”
“Isteri boleh mengadu kepada Allah dan kepada mahkamah syariah. Tapi kalau dua-dua buat silap dua-dua masuk neraka.”
“Bukankah isteri kena taat pada suami berdasarkan perkara-perkara ikut hukum Islam aje?”
“Betul la, masing-masing ada tanggungjawab”.
“Jadi apa masalah sehingga U tak sokong tindakan I ni? ”
“Isteri kena taat pd suami selagi tak menyalahi hukum agama. Yang hal suami tak taat pada hukum Allah, itu antara dia dgn Allah. Tak ada kaitan dengan isteri. ”
“I cuma luahkan rasa tak puashati I jer.”
“Pada dia .. luahkan perasaan itu bukan salah. Tapi kena betul cara yang U buat tu. Jangan sampai melukakan hatinya dan menyebabkan dia benci. Ingat, keredhaan untuk isteri masuk syurga ada 2…satu dgn Allah, 1 lagi dgn suami. ”
“Jadi apa yang patutnya I lakukan?”
“Cara bagi tau rasa tak puas hati pun kena cara yg betul agar suami U tak kecil hati. Kalau dia terasa hati dengan U, U dah jadi derhaka tau. ”
“Jadi apa harus I buat sekarang? I sayangkan suami I tu, bukan I sengaja nak sakitkan hati dia pula. I pun tau berdosa isteri yang sakitkan hati suami. ”
“Tau tak pe. Ingat, isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah padanya akan dilaknat malaikat sehingga dia memohon ampun pada suaminya, dan menebus kesilapannya tu.”
“I tau tu. ”
“Lagi satu, kalau suami U mati dalam keadaan dia marah pada U, U takkan dapat cium pintu syurga walaupun U buat banyak amal jariah semasa hidup U. ”
“Ishhh.. takkan sampai begitu sekali. ”
“U ingat I main-main ker? Isteri yang berdosa pada suami walaupun sekecil-kecil zarah akan ditolak doanya oleh Allah swt.”
“Tapi I bukan hamba suami I. I isteri dia.”
“I taulah U isteri. Tapi nak dapat gelaran isteri solehah U kena penuhi 2 syarat yang sekarang ni dah semakin kurang di kalangan para isteri. ”
“Apa 2 syarat tu? ”
“Pertama, U kena taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua, U kena taat kepada suami.”
“Contoh taat kepada suami? ”
“Perbetulkan niat U tu ketika melakukan setiap perkara. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk dapatkan keredhaan Allah. ”
“Jadi I kena sentiasa melayan suami dengan baik demi mendapat keredhaan Allah?”
“Rasullah paling kasihkan Khatijah kerana dia yang paling berjasa pada suami. Ingatlah.. berbuat baik kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama.”
“Tapi bagaimana pula dengan hak I sebagai isteri? ”
“U takkan rugi apa-apa kalau U memelihara kewajipan U pada suami. Janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami redhainya, maka dia dijamin masuk syurga.”
“Ok, I dah faham. Mekacih kerana menegur I.”
“Sama-sama. Di dalam Islam, suami hanyalah jalan untuk isteri memperoleh redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan rasulNya. Ia berlainan dengan cinta sesama manusia tanpa ketaqwaan pada Allah, yang sering dihebohkan dalam media hari ni.”
“Doakan kebahagiaan rumahtangga I. ”
“InsyaAllah. Sentiasalah hormat dan melayan suami dengan baik. Bila suami kasih, Allah akan redha dengan kita.”
Sabda Rasulullah, “Khatijahlah yang memberi kebahagiaan ketika orang lain mencelakakanku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberi seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya.”(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat manfaat di akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada manfaat yang dikehendakinya dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan memperoleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

(al-Syura: 30)
Lawatilah laman Cikgu Aliya di http://pukullima.blogspot.com/

Rabu, 15 Ogos 2012


Kad Raya Kami berdua

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Dalam kesibukan saya melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja, menguruskan semua kerja-kerja yang menimbun macam gunung Everest sehingga selesai, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara, teman-teman yang mengenali saya, penulis-penulis & pembaca-pembaca blog.
Tahun ini, tahun pertama saya berpuasa, berbuka, beraya bersama insan & keluarga baru saya. Yang paling gembira bila saya beraya sebagai seorang isteri. Terima kasih pada semua insan yang membuatkan saya bahagia sepanjang tahun ini. Semoga kehidupan kalian semua sentiasa diberkati Allah s.w.t.


Rabu, 1 Ogos 2012

LeLaki, PeReMPuaN, JODoH, NiKaH, PeSaNaN BuaT SuaMi & ISTeRi


BEZA LELAKI & PEREMPUAN

LELAKI...
susah untuk difahami tapi senang memahami,
susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur,
susah untuk setia tapi mudah bertahan,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.

PEREMPUAN...
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamuk,
senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.

....yang sama hanya EGO...
......................................................
JODOH
"JODOH itu kita dapat rasa dengan kehadiran seseorang itu yang membuatkan kita merasa lebih tenang, lebih bertambah aman, malah lebih tingkatkan keimanan."

Tapi bila kita sudah dijodohkan dengan seseorang ketahuilah batas2 yang tidak boleh kita lakukan dan perlu kita jauhi.

Pada masa kini ramai yang sibuk mencari ilmu dan rezeki sehingga mereka mengenepikan hal berkaitan jodoh. Bukan salah mereka, bab ilmu nabi pun pernah berpesan cari lah ilmu hingga ke Negeri China maksudnya belajar/ cari lah ilmu walau dimana dan sampai bila2. Bab rezeki pulak, zaman semakin tinggi kos sara hidupnya. Andai kita tidak mencari rezeki susah lah kita hendak menyara kehidupan kita. Dunia sekarang ni semua pakai duit. Kalau tidak ada duit macam2 boleh berlaku. Nak kahwin pun nak pakai duit jugakkan. Lagi banyak perbelanjaannya.

Ada juga yang terkejar2 mencari jodoh sehingga leka dan memudaratkan diri sendiri. Berkorban semua yang ada demi pasangan. Perbuatan ini salah pada pandangan saya.

Ketahuilah JODOH itu takdir dari Allah s.w.t. Sejak dari lahir seseorang itu telah Allah s.w.t jadikan pasangan untuk nya. Cuma kita saja tidak tahu siapa. InsyaAllah ada jodoh kita cuma bezanya dengan orang lain. Lambat atau cepat saja.

Jangan terburu2 wahai sahabat kerana apa yang Allah janjikan sudah tentu NYA tunaikan. Apa yang kita perlu lakukan BERUSAHA, BERTAWAKAL dan BERDOA. Kalau sudah terdesak sangat buat solat istiqharah mohon pertunjuk dari Allah s.w.t. Kita jangan mudah berputus asa kerana setiap ketentuan Allah s.w.t itu lah perjalanan takdir kita.
......................................................
NIKAH
 Bukan senang bila sudah mendirikan rumah tangga. Bertambah tanggungjawab kita. Bagi kaum Adam, masa akad nikah itu pun sudah menunjukkan bertapa beratnya tanggungjawabnya........

 “Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM....?

Bunyi macam senang je kan? Tapi disebaliknya bermaksud;
“Aku tanggung dOsa-dOsa si dia dari ibu bapanya, apa saja dOsa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya sOlat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dOsa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku.”
 
Bukan senang kita hendak pimpin seseorang. Setiap langkah yang kita lakukan ke jalan Allah s.w.t sudah tentu ada cabaran yang mendatang. Terpulang pada kita bagaimana cara kita hendak menanganinya. Jika kita BERJAYA harunginya bertambah lah kebahagian dalam kehidupan kita berkeluarga. Andai kita GAGAL, janganlah kita putus asa dan mengalah. Teruskan usaha dan perbaikinya.

Bagi kaum Hawa juga tidak kurang hebat tanggungjawabnya. Sama2 lah kita dalam satu keluarga saling bantu-membantu, memahami dan bertolak ansur. Baru kita capai kebahagiaan.
.....................................................
PESAN BUAT SUAMI
 hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

“Yang paling sempurna imannya di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya. Dan yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada istri-istrinya.” (HR. Turmudzi)

PESAN BUAT ISTERI
Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dOsa dari suaminya setiap hari sebelum tidur....

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Apabila seorang wanita mengerjakan shalat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, ‘Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu syurga mana saja yang engkau inginkan.”(HR. Ahmad 1/191).
......................................................

Selasa, 10 Julai 2012

HONEYMOON a.k.a PERCUTIAN DI PULAU2

Beshnya kalO dapat g bercuti dikepulauan seperti ini.. tenang... sure jadi kenangan terindah dalam hidup.. Andai lah Malaysia ada tempat macam ni sure besh kn.. ^_^

  


sekadar sharing ~ RISIK/TUNANG, KAD KWEN ala2 zmn sekOlah, NIKAH & SANDING


Pada 1 Disember 2011, bermula lah satu langkah bagi saya.. saya dirisik & dipinang Oleh keluarga Encik Zaim.

(Kad Kahwin Kami ~ cOmey x? ala2 dak sekOlah gitu. maklumlah kahwin dengan dak 1 sekOlah kn..)

Pada 28 April 2012 (Sabtu), jam 10.00 pagi kami telah diijabkabulkan di Masjid Az-Zubair Ibni Awwam, Cheras. Dalam keadaan gugup sempat juga mata ni melihat2 keadaan sekeliling. Ramai sanak saudara yang hadir. bOleh kata 1/3 majid penuh dengan ahli keluarga kedua2 belah keluarga. Nasib baik disisiku ada tiga (3) Orang sahabat yang menemaniku sejak dari pagi. Terima kasih Syaida, Dek da & Erin.


Selepas diijabkabul, kami pulang ke rumah Taman Ikan Emas (Rumah Ayah Lee & Mak Idah) untuk salin baju sanding. Ambik barang2 g salin kat umah Mak cik Esah sebab umah akO dah penuh dgn sedara.

Setibanya kami di Taman Rekreasi Pudu Ulu, Shamelin Perkasa, kelihatan ramai tetamu yang hadir. Cuak pun ada. Majlis Persandingan pun bermula. Disebabkan majlis perkahwinan kami sama dengan Bersih 3.0. Jalan jadi sesak. Ramai gak tetamu jemputan x datang sebab malas nak mengharungi kesesakan lalulintas kan. Walaubagaimanapun ada juga tetamu yang sanggup datang dari jauh. Dari Sarawak pun ada. Terima kasih pada semua tetamu yang hadir menyerikan majlis kami yang x seberapa ini.


(Gambar Pelamin kami~ terima kasih Butik Perkahwinan KeQaseh & Anas Abdullah yang telah merealisasikan segalanya dengan sekelip mata. Pelamin yang simple & WOOoow idaman saya. *LIKE warna scarlOp kami yang warna ala2 pastel gitu. Terima kasih juga kat Encik Suami yang beri kepercayaan & keberanian dalam membuat pilihan warna)

Selesai majlis di Cheras kami g Putrajaya untuk OutdOor shOot.. idea si Arm & Zikri sebab dOrang nak shOot time matahari terbenam. Nak x nak.. kami pun bergegas balik rumah ambik barang2 semua then terus ke Putrajaya. Sampai je sana. belOm sempat kami nak bergambar. Ramai plak hamba allah yang nak bergambar dengan kami. dah macam artis plak. penat~ sampai turn kami nak bergambar lak, si Arm sampai naik marah lah.. sebab kami dh x larat nk senyum.. huhu.. walaubagaimana pun tQvm 2 Our phOtographer Arm & Zikri dari Imtiyaz PhOtography kerana melayan kerenah kami. 



Selesai OutdOor shOot kami bergegas balik ke Seremban pula, sebab keesOkan harinya 29 April 2012 (Ahad), majlis persandingan belah lelaki di Taman PanchOr Jaya pula.



Ketibaan belah perempuan se awal 12.00 tengahari, selesai berarak & bersanding. Hujan pun turun renyai2.  Selesai makan beradap & pOtong kek. kami pun berangkat untuk shOot pic di luar. Tempat sasaran ala2 tradisional gitu. apa lagi Rumah Minang Kabau mencuri hati. x banyak sangat shOot sebab kami dah penat... apa lagi.. balik salin baju, g dinner dengan Arm & Zikri.. Segalanya dah selesai.



Akhirnya... kami dh kne tukar status.. nO mOre single.. MARRIED sudey.. hihihi.. dua keluarga kini telah bercantum menjadi satu bagi kami.. SemOga kebahagian ini kekal selamanya sampai akhir nyawa kami & i.allah sampai ke syurga. i.allah AMIN <3 <3

(Nukilan suami saya yang dihasilkan Oleh Arm a.k.a Imtiyaz Photography)


Sekian, kisah kami..