BEZA LELAKI & PEREMPUAN
......................................................
JODOH
"JODOH itu kita dapat rasa
dengan kehadiran seseorang itu yang membuatkan kita merasa lebih tenang, lebih
bertambah aman, malah lebih tingkatkan keimanan."
Tapi bila kita sudah dijodohkan dengan seseorang ketahuilah batas2 yang tidak boleh kita lakukan dan perlu kita jauhi.
Pada masa kini ramai yang sibuk mencari ilmu dan rezeki sehingga mereka mengenepikan hal berkaitan jodoh. Bukan salah mereka, bab ilmu nabi pun pernah berpesan cari lah ilmu hingga ke Negeri China maksudnya belajar/ cari lah ilmu walau dimana dan sampai bila2. Bab rezeki pulak, zaman semakin tinggi kos sara hidupnya. Andai kita tidak mencari rezeki susah lah kita hendak menyara kehidupan kita. Dunia sekarang ni semua pakai duit. Kalau tidak ada duit macam2 boleh berlaku. Nak kahwin pun nak pakai duit jugakkan. Lagi banyak perbelanjaannya.
Ada juga yang terkejar2 mencari jodoh sehingga leka dan memudaratkan diri sendiri. Berkorban semua yang ada demi pasangan. Perbuatan ini salah pada pandangan saya.
Ketahuilah JODOH itu takdir dari Allah s.w.t. Sejak dari lahir seseorang itu telah Allah s.w.t jadikan pasangan untuk nya. Cuma kita saja tidak tahu siapa. InsyaAllah ada jodoh kita cuma bezanya dengan orang lain. Lambat atau cepat saja.
Jangan terburu2 wahai sahabat kerana apa yang Allah janjikan sudah tentu NYA tunaikan. Apa yang kita perlu lakukan BERUSAHA, BERTAWAKAL dan BERDOA. Kalau sudah terdesak sangat buat solat istiqharah mohon pertunjuk dari Allah s.w.t. Kita jangan mudah berputus asa kerana setiap ketentuan Allah s.w.t itu lah perjalanan takdir kita.
......................................................
NIKAH
Bukan senang bila sudah
mendirikan rumah tangga. Bertambah tanggungjawab kita. Bagi kaum Adam, masa akad
nikah itu pun sudah menunjukkan bertapa beratnya tanggungjawabnya........
“Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM....?
Bunyi macam senang je kan? Tapi disebaliknya bermaksud;
“Aku tanggung dOsa-dOsa si dia dari ibu
bapanya, apa saja dOsa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya
sOlat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua
dOsa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela
masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku.”
Bukan senang kita hendak pimpin seseorang. Setiap langkah yang kita lakukan ke jalan Allah s.w.t sudah tentu ada cabaran yang mendatang. Terpulang pada kita bagaimana cara kita hendak menanganinya. Jika kita BERJAYA harunginya bertambah lah kebahagian dalam kehidupan kita berkeluarga. Andai kita GAGAL, janganlah kita putus asa dan mengalah. Teruskan usaha dan perbaikinya.
Bagi kaum Hawa juga tidak kurang hebat tanggungjawabnya. Sama2 lah kita dalam satu keluarga saling bantu-membantu, memahami dan bertolak ansur. Baru kita capai kebahagiaan.
.....................................................
PESAN BUAT SUAMI
PESAN BUAT ISTERI
Isteri yang terbaik adalah isteri
yang meminta maaf segala dOsa dari suaminya setiap hari sebelum tidur....
......................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan