Rabu, 15 Ogos 2012


Kad Raya Kami berdua

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Dalam kesibukan saya melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja, menguruskan semua kerja-kerja yang menimbun macam gunung Everest sehingga selesai, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara, teman-teman yang mengenali saya, penulis-penulis & pembaca-pembaca blog.
Tahun ini, tahun pertama saya berpuasa, berbuka, beraya bersama insan & keluarga baru saya. Yang paling gembira bila saya beraya sebagai seorang isteri. Terima kasih pada semua insan yang membuatkan saya bahagia sepanjang tahun ini. Semoga kehidupan kalian semua sentiasa diberkati Allah s.w.t.


1 ulasan:

  1. Selamat HAri Raya sahabatku Shuea. Maaf zahir dan batin segala kesilapan akak samaada sengaja atau tidak disengajakan. Mogs shue bergembira di hari raya bersama suami tersayang. ♥

    BalasPadam