Khamis, 4 Ogos 2011

RAMADHAN OH RAMADHAN

Puasa... puasa.. puasa... sblm puasa excited je nak puasa.. tapi bile dah masuk bulan puasa perasaan tu jadi malas je kan... padahal kita tahu yang puasa itu WAJIB ke atas setiap umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Orang yang beragama islam.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)

Mungkin pada awal-awal ramadhan je kOt perasaan malas tu muncul. Tapi bila dah tengOk Org sekeliling berpuasa, baazar ramadhan yang bermacam-macam juadah, suasana berbuka dan sOlat terawikh.. Perasaan tu dah bertukar jadi serOnok.. Silap-silap melebih-lebih plak dari Orang lain kan..
Tapi ketahui lah tentang keserOnokan dan ganjaran bagi Orang yang berpuasa di Bulan Ramadhan. Besar syafaatnya. Tambah pula kita berjaga ditengah malam untuk beribadah kepada Allah s.w.t dan membaca al-quran bagi setiap malam di bulan yang mulia ini besar ganjarannya.

"Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)

Bila dengar pasal ganjaran ni. Rasa berlumba-lumba lak nak mengejar dan mencapai nyer. Macam Member’s Day SOGO plak. Sangup berasak-asak dan melakukan dengan tekad yang tinggi.. Hehehehe.. Yelah bukan selalu dapat peluang macam ni kan. Oleh itu, penuhi lah peluang yang ada dengan sebaiknya.
Tapi beringatlah wahai sahabat-sahabat ku, setiap apa yang kita lakukan hendaklah dengan hati yang ikhlas dan niat melakukan kerana ingin mendapatkan keredhaaan Allah s.w.t. Sekiranya kita niat menunjuk-nunjuk dan sebaliknya lupakan lah kerana usaha kita itu akan menjadi sia-sia belaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan